Kerajaan masih dapat sokongan lebih 110 ahli Parlimen - TPM - Utusan Malaysia

Kerajaan masih dapat sokongan lebih 110 ahli Parlimen – TPM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli-ahli Parlimen yang bersama-samanya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Ketua Whip Kerajaan berharap, rakyat bertenang dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini.

“Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini.

“Justeru itu saya berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan.

Datuk Pengelola Bijaya Istana Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, ini sedangkan, pembatalan semua Ordinan Darurat belum mendapat perkenan daripada Seri Paduka.

Beliau berkata, Seri Paduka turut berdukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dipersetujui sebelum ini dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu berkenaan cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya