Pemuda UMNO Johor desak PM, menteri-menteri letak jawatan - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Johor desak PM, menteri-menteri letak jawatan

MOHD. HAIRI MAD SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan ekoran tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya melanggar Perlembagaan dan melakukan penderhakaan.

Ketuanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, malah tindakan sama juga perlu dibuat oleh seluruh barisan Kabinet yang bertanggungjawab dalam melakukan perkara tersebut.

Katanya, pihak bertanggungjawab tidak perlu lagi berdolak-dalih untuk mencari ‘nyawa’.

“Kami mengambil serius kenyataan Istana Negara yang mendedahkan pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mengenai pembatalan Ordinan Darurat tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Jelas kerajaan dan Muhyiddin yang mengetuai pimpinan kerajaan turut terdesak dan membenarkan penipuan ini berlaku dalam Dewan Rakyat yang mulia,” katanya di sini hari ini.

Hari ini, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berdukacita dengan tindakan kerajaan yang membatalkan Ordinan Darurat walhal perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka.

Tambah Mohd. Hairi, pihaknya berharap semua pihak khususnya wakil rakyat meletakkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara utama apabila berada di Parlimen.

“Jangan biarkan perkara seperti ini berulang pada masa depan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya