Dewan Rakyat kecoh susulan Agong dukacita - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat kecoh susulan Agong dukacita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdukacita dengan pengumuman pembatalan darurat di Parlimen.

Perkara tersebut bermula selepas Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mencelah dan membaca kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara.

Menurut Anwar, perkara iTU sekali gus menunjukkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan serta tidak menghormati institusi diraja.

“Kita bukan sampai kepada krisis tetapi penghinaan dan penipuan kepada Seri Paduka Baginda,” katanya dalam mesyuarat khas Dewan Rakyat.

Serentak dengan itu, beberapa ahli Parlimen bangkit dan melaungkan ‘derhaka’ serta ‘letak jawatan’ sehingga meinimbulkan kekecohan.

Noh Omar (BN-Tanjung Karang) kemudian bangkit mengusulkan agar sidang khas Dewan Rakyat ditangguhkan dan serentak dengan itu beberapa Ahli Parlimen turut bangun dan menggesa perkara sama.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian menangguhkan sidang di bawah Perkara 12(2) itu bagi membolehkan pihaknya meneliti kenyataan Istana Negara berhubung Proklamasi Darurat dan ordinan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya