Aktivis Heidy Quah mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna internet


Elill Easwaran

Pengarah Refuge for the Refugees Heidy Quah didakwa melakukan penyalahgunaan media sosial di Mahkamah Khas Siber di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 Julai, 2021.

PENGARAH Refuge for the Refugees Heidy Quah mengaku tidak bersalah atas tuduhan penyalahgunaan media sosial di Mahkamah Khas Siber di Kuala Lumpur hari ini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Quah didakwa susulan satu tulisannya yang dimuat naik di Facebook pada 5 Jun tahun lalu, berkenaan pengalaman bekas tahanan di pusat tahanan imigresen yang didakwa menerima layanan buruk daripada pihak berkuasa.

Tulisan itu dibuat ketika imigresen membuat serbuan dan tangkapan besar-besaran terhadap pelarian dan pendatang ketika pandemik Covid-19.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM2,000 terhadap tertuduh yang juga penerima anugerah pemimpin muda daripada Ratu Elizabeth pada 2017.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pada 6 September. – 27 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen