'Jangan ambil tindakan doktor terlibat mogok' - Nurul Izzah - Utusan Malaysia

‘Jangan ambil tindakan doktor terlibat mogok’ – Nurul Izzah

Nurul Izzah Anwar membangkit mengenai status terkini pembentangan rancangan mengharamkan perkahwinan bawah umur bagi membendung eksploitasi kanak-kanak di Dewan Rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mewujudkan satu blue print untuk mereformasikan sistem kesihatan negara termasuk membela nasib 23,000 doktor kontrak di seluruh negara.

Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) berkata, perkara itu perlu dilaksanakan dengan serta-merta dan tidak boleh ditangguhkan lagi kerana negara kini berhadapan situasi getir pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap doktor yang terlibat dalam hartal atau mogok pada hari ini kerana tiada sebab mereka berbuat melainkan terpaksa.

“Masa inilah kerajaan perlu tunjukkan keprihatinan dengan membela nasib mereka. Jadi jangan kenakan tindakan dan amaran kepada mereka.

“Kayu ukur penyelesaian masalah ini adalah pelaksanaan segera,” katanya dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya