Lebih 2,000 mati akibat kuarantin kendiri di Indonesia - Utusan Malaysia

Lebih 2,000 mati akibat kuarantin kendiri di Indonesia

SUKARELAWAN Covid-19 mengebumikan jenazah Covid-19 di tanah perkuburan Rorotan, Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 2,313 penduduk di Indonesia maut ketika menjalani kuarantin kendiri susulan kapasiti hospital yang padat dan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang terus bertambah.

Sehubungan itu, Perhimpunan Sarjana Kesihatan dan Profesional Kesihatan Masyarakat Indonesia (Persakmi) menggesa supaya kerajaan bertanggungjawab atas golongan pesakit Covid-19 yang perlu menjalani kuarantin kendiri.

Ketua Umum Persakmi, Ridwan Amiruddin berkata, pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin kendiri juga perlu diberi perhatian sama seperti pesakit yang dimasukkan ke hospital.

Katanya, hal ini kerana, keadaan pesakit boleh menjadi kritikal pada bila-bila masa biarpun pada awalnya mereka hanya mengalami gejala ringan.

“Pesakit yang menjalani kuarantin kendiri merupakan tanggungjawab negara dan mereka juga juga perlu diberikan rawatan serta perhatian sama seperti pesakit Coid-19 yang serius.

“Kerajaan tidak boleh lagi berpegang kepada polisi hanya pesakit dengan gejala berat dibenarkan masuk ke hospital, kerana kematian pesakit yang menjalani kuarantin kendiri bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Jelas Ridwan, keadaan pesakit yang menjalani kuarantin kendiri tidak dapat dipantau sepenuhnya, selain mereka juga tidak mempunyai pengalaman dijangkiti Covid-19.

Ujar beliau, kerajaan tidak boleh ‘melepaskan tanggungjawab’ kepada penduduk setempat untuk membantu pesakit yang menjalani kuarantin kendiri kerana mereka takut dijangkiti dan memilih menjauhkan diri.

“Bukan semua pihak rela hati membantu pesakit Covid-19 kerana mereka lebih takut dijangkiti. Jadi, siapa yang harus bantu golongan ini?,” soalnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya