Suami panik, anggota bomba jadi bidan - Utusan Malaysia

Suami panik, anggota bomba jadi bidan

ANGGOTA bomba mengambil gambar kenangan bersama bayi yang disambut kelahirannya di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang suami dipercayai panik melihat keadaan isterinya yang hendak bersalin bertindak masuk ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, di sini malam tadi ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Puncak Alam menuju ke Hospital Shah Alam.

Tindakan nekad lelaki berkenaan menyebabkan isterinya kemudian melahirkan seorang bayi perempuan di balai bomba itu  pada pukul 8.28 malam yang disambut oleh anggota bomba, Norsyuhadah Ahmad yang bertugas di sana.

Situasi itu dikongsikan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis yang memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam apabila air ketuban wanita berusia 29 tahun itu pecah ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Apabila menghampiri balai bomba Kota Anggerik, wanita terbabit amat terdesak untuk melahirkan anak selepas air ketubannya pecah.

“Bimbang dengan keadaan itu, suaminya terus memasuki balai untuk mendapatkan bantuan daripada anggota. Alhamdulillah, wanita bersama bayinya berada dalam keadaan selamat dalam proses bersalin itu.” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Tambah beliau, selepas pegawai dan anggota balai berkenaan menerima kehadiran pasangan itu, mereka terus melakukan persiapan segera bagi membantu wanita berkenaan melahirkan anak.

Kata Norazam lagi, susulan kejadian itu, pegawai di balai bomba itu menghubungi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kelahiran itu untuk tindakan selanjutnya.

“Sebaik sahaja bayi itu dilahirkan, ibunya dibawa ke Hospital Shah Alam dengan menaiki ambulans untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.