Lelaki tumbuk kuda polis di Australia diburu - Utusan Malaysia

Lelaki tumbuk kuda polis di Australia diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Polis Australia mencari seorang penunjuk perasaan yang menumbuk kuda polis ketika menyertai protes anti perintah berkurung di bandar ini semalam.

Protes di beberapa bandar utama Australia itu berlaku selepas pihak berkuasa melaksanakan sekatan ketat termasuk perintah berkurung bagi mengekang penularan Covid-19.

Kumpulan penunjuk perasaan yang tidak memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial dilihat merusuh dan bertempur dengan polis.

Dianggarkan lebih 50 orang ditahan dalam protes yang berlangsung.

Polis New South Wales meminta mana-mana saksi yang mengenali suspek yang merupakan seorang lelaki supaya tampil ke balai polis untuk memberi maklumat.

Polis memaklumkan, kuda yang diberi nama Tobruk itu tidak mengalami kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya