‘Yang positif, tolong jangan pentingkan diri’ - Niena Baharun - Utusan Malaysia

‘Yang positif, tolong jangan pentingkan diri’ – Niena Baharun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Niena Baharun berpesan kepada individu positif Covid-19 agar tidak mementingkan diri sendiri dengan menghadiri temu janji vaksinasi.

Menurut pelakon Sayangku Kapten Mukhriz itu, apa yang penting rajin kema kini akaun MySejahtera anda.

“Kepada yang positif tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Jangan menyusahkan orang lain. Positif duduk diam kuarantinkan diri bukan datang ambil vaksin atau ke mana-mana.

“Tidak perlu risau kalau dapat tarikh temu janji ketika positif. Yang penting kena sentiasa kemas kini dalam MySejahtera, nanti mereka akan tunda ke satu tarikh baharu.

“Pesan kepada ahli anggota keluarga dan kawan-kawan semua yang mungkin tidak tahu atau buat-buat tidak tahu,” coretnya di Instagram Story.

Dalam perkongsian Niena atau nama lengkapnya Amaniena binti Kamarul Baharun, 28, dapat dilihat lokasi tidak dinyatakan itu sedang disanitasi sewaktu menghantar dan menemani pembantu rumahnya.

Bagi Niena pula, hasil tinjauan Utusan Malaysia mendapati ibu kepada sepasang cahaya mata itu sudah menerima suntikan vaksin dos pertama jenis AstraZeneca pada 12 Jun lalu.

Menerusi entri gambarnya yang sudah divaksin turut dilihat pelayar IG bertanya tentang kesesuaian ibu yang sedang menyusukan anak.

“Sebelum ambil vaksin kita akan jumpa doktor untuk konsultasi dan doktor ada kongsikan sekarang semua vaksin sudah boleh untuk ibu yang serang menyusukan anak,” balas komen Niena.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya