4 remaja merempit ditahan  - Utusan Malaysia

4 remaja merempit ditahan 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Empat remaja lelaki termasuk seorang yang berusia 13 tahun ditahan polis selepas dikesan menunggang motosikal dalam keadaan melulu dan berbahaya di Jalan Lahar Kepar, Penaga, di sini semalam.

Mereka ditahan dalam operasi oleh pasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) kira-kira pukul 6.50 petang.

Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, polis  yang melakukan Op Samseng Jalanan mengesan empat buah motosikal ditunggang empat lelaki yang disyaki sedang berlumba.

“Mereka membuat aksi ‘wheelie’ atau mengangkat tayar hadapan bermula dari arah Penaga menghala ke Lahar Kepar sebanyak satu pusingan.

“Kesemua mereka ditahan di tepi jalan dan siasatan mendapati seorang tangkapan berusia 13 dan dua berusia 16 tahun masih bersekolah manakala seorang lagi berusia 14 tahun tidak bersekolah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan jalan raya sebagai litar lumba kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan risiko kepada pengguna jalan raya lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya