`Tak sangka dia mai', nenek teruja ‘Black Panther’ bawa kotak makanan - Utusan Malaysia

`Tak sangka dia mai’, nenek teruja ‘Black Panther’ bawa kotak makanan

WARGA emas, Asmah Sahibu teruja ketika menerima kunjungan lelaki berpakaian adiwira Black Panther untuk menghulurkan sumbangan di rumahnya, di Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang.- UTUSAN/ NOOR HASLIZA NUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang warga emas yang berkerusi roda tidak dapat menahan perasan teruja apabila berkali-kali meminta menyentuh wajah adiwira Black Panther yang berkunjung ke rumahnya di Jalan Perak, di sini semalam.

Asmah Sahibu, 77, yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan kabur itu bagaimanapun meluahkan rasa gembira setelah pertama kali diziarahi lelaki lengkap berkostum tersebut.

Penggaya adiwira Black Panther itu atau nama sebenarnya Mohd. Wan Hafizi Wan Zakaria merupakan wakil Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi pendakwah Ebit Liew dan kelab permotoran, Adventure Touring Motor Sport.

“Mujur dia hanya berpakaian harimau kumbang. Kalaulah binatang sebenar, tok jerit kuat-kuat minta tolong.

“Tak sangka dia mai (datang) bawa kotak makanan. Tok berasa bertuah kerana terpilih menerima kotak makanan hasil sumbangan daripada Ebit Liew,” katanya warga emas berkenaan kepada Utusan Malaysia sini semalam.

Asmah mengalami strok dan tidak dapat berjalan sejak lima tahun lalu akibat terjatuh ketika sedang memasak di dapur rumah pusaka berusia hampir 100 tahun itu.

 

Akibat kejadian tersebut, sebahagian tempurung kepalanya juga terpaksa dibuang akibat mengalami pendarahan beku.

Bagaimanapun, ibu kepada enam cahaya mata itu kini dijaga oleh anak keduanya, Mohd. Sani Saad, 47.

Selain Asmah, beberapa lagi warga emas termasuk kanak-kanak turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan Black Panther sebaik berdiri di muka pintu kediaman mereka.

Terdahulu, menerusi program sama, sebanyak 10 kotak makanan telah diagihkan kepada warga emas uzur dan individu kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan Jalan Perak berhampiran Jalan P. Ramlee di sini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya