Pastikan pejabat, kilang tiada 3C - Utusan Malaysia

Pastikan pejabat, kilang tiada 3C

KEGAGALAN majikan dan pekerja mematuhi SOP ditetapkan adalah punca muncul banyak kluster Covid-19 baharu di tempat kerja. - GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

STATISTIK Kementerian Kesihatan pada 19 Julai lalu, menunjukkan sebahagian besar daripada 31 kluster baharu Covid-19 yang dikesan pada tarikh berkenaan melibatkan tempat kerja.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 18 kluster berkait tempat kerja dikesan pada tarikh berkenaan manakala lapan adalah daripada penularan komuniti.

Sama juga dengan hari-hari sebelum itu apabila tempat kerja terus menjadi penyumbang utama yang mendominasi kewujudan kluster baharu. 

Situasi ini lebih membimbangkan apabila Kementerian Kesihatan berjaya mengesan kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang berada dalam kategori varian membimbangkan (VOC). Virus jenis ini lebih ganas dan mudah merebak dengan kadar kebolehjangkitan tinggi. 

Tidak hairanlah rakyat berasa kurang selesa setiap kali mendengar berita atau membaca dalam akhbar dan laman sosial berkenaan jangkitan Covid-19 di tempat kerja. 

Sebilangan pihak berpandangan, kluster tempat kerja ialah ‘lubuk’ yang menyebabkan jumlah jangkitan pandemik Covid-19 di dalam negara sehingga hari ini tidak menunjukkan sebarang trend penurunan ketara.

Dalam pada itu, kegagalan majikan dan pekerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan adalah punca muncul banyak kluster baharu di tempat kerja. 

Situasi ini bercanggah sama sekali dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mewajibkan majikan mengambil langkah keselamatan dan kesihatan yang digariskan termasuk mengurangkan risiko penularan pandemik.

Selain itu, majikan perlu mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan bagi memastikan tidak wujud sindrom 3C di tempat kerja. Ia merujuk kepada ruang pejabat dan kilang yang sesak (crowded places), tempat tertutup (confined spaces) dan berlaku perbualan secara rapat (close conversation).

Jangkitan pandemik Covid-19 akan kekal dalam kehidupan persekitaran kerja sama seperti penyakit-penyakit lain yang dialami pekerja saban tahun. 

Untuk mengawalnya daripada merebak, ruang pejabat dan kilang yang menampung 1.64 juta pekerja sektor awam dan 13 juta pekerja sektor swasta perlu dipastikan tidak mengalami sindrom 3C.

MUHAMMAD AIMAN ARIFIN, UiTM Kampus Arau, Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya