Selangor syor sektor ekonomi, industri terus ditutup - Utusan Malaysia

Selangor syor sektor ekonomi, industri terus ditutup

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mengesyorkan agar dikekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya mengesyorkan beberapa cadangan untuk dipertimbang dan dilaksanakan Kerajaan Persekutuan di dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

“Kerajaan negeri melihat matlamat pelaksanaan PKPD iaitu bagi memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara masih belum dicapai. Oleh itu, kita mencadangkan agar hanya sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibuka bagi pertimbangan MKN.

“Selain itu, kerajaan negeri turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadar vaksinasi ditentukan sebagai antara faktor pembukaan sektor ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

Selangor merupakan antara negeri menyumbang peningkatan kes Covid-19 iaitu terus melonjak kepada 8,868 kes pada semalam.

Angka itu meningkat ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dengan Selangor dan Kuala Lumpur dikenakan PKPD.

Menurut Amirudin, jumlah kes yang tinggi di Selangor antaranya akibat saringan menyeluruh di kawasan PKPD yang menyumbang kepada kes kumulatif berjumlah 1,346 kes serta saringan kontak rapat dari kes positif di PKPD.

Justeru, beliau mencadangkan dua perkara itu di dalam mesyuarat MKN untuk dipertimbang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya