Lelaki dijangkiti Covid-19 selama 10 bulan - Utusan Malaysia

Lelaki dijangkiti Covid-19 selama 10 bulan

DAVE SMITH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki berusia 72 tahun dilaporkan dijangkiti virus Covid-19 selama 10 bulan secara berterusan.

Dave Smith, seorang pesara guru memandu dari Bristol memberitahu, dia disahkan positif Covid-19 sebanyak 43 kali dan dimasukkan ke hospital sebanyak tujuh kali dalam tempoh tersebut.

“Saya asingkan diri, saya panggil semua ahli keluarga dan berbuat baik dengan semua orang kerana saya akan ‘pergi’ pada bila-bila masa,” katanya.

Pakar penyakit berjangkit di Universiti Bristol, Ed Moran berkata, virus Covid-19 di dalam badan Smith sentiasa ‘aktif’.

Smith pulih selepas menjalani rawatan antibodi sintetik yang dibangunkan oleh syarikat bioteknologi, Regeneron.

Insiden yang menimpa Smith secara tidak langsung menjadikan dia pesakit paling lama dijangkiti Covid-19. – AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya