KASA lancar Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 - Utusan Malaysia

KASA lancar Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025

TUAN Ibrahim Tuan Man (kiri) bersama Azam Baki, Ahmad Masrizal Muhammad dan Zaini Ujang menunjukkan Pelan Buku OACP KASA pada majlis pelancaran buku itu secara maya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KASA 2021-2025 dalam usaha membudayakan amalan integriti penyampaian perkhidmatan di kementerian itu.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelan tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun dan merupakan satu ‘living document’ yang melalui fasa penambahbaikan pada penghujung tahun kelima agar terus relevan dengan situasi semasa.

Beliau berkata, dokumen itu mempunyai 34 pelan tindakan yang merangkumi tiga bidang keutamaan iaitu Pengurusan Kewangan, Tadbir Urus serta Pengurusan Alam Sekitar dan Air.

“Selain itu ia turut merangkumi lapan objektif dan tiga strategi dalam usaha mencegah gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kementerian ini.

“OACP merupakan manifestasi dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berintegriti dan bebas rasuah,” katanya ketika majlis pelancaran OACP KASA 2021-2025 secara maya di kementeriannya hari ini.

Sebagai simbolik pelancaran, Tuan Ibrahim menyerahkan Buku OACP KASA kepada Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang yang turut disaksikan Timbalan Menteri, Senator Dr. Ahmad Masrizal Muhammad serta Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Sementara itu, Azam berkata, pelan pembangunan OACP diharapkan dapat membantu kementerian dalam memastikan tanggungjawab memelihara alam sekitar dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab semua pihak tanpa ada unsur-unsur tidak berintegriti.

Tambahnya, bermula September 2019 hingga bulan ini, SPRM membantu 65 agensi awam dan swasta dalam usaha membangunkan Pelan Antirasuah.

“Sehingga kini, sebanyak 16 agensi melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi masing-masing.

“Jika alam sekitar tidak dijaga dengan berintegriti, maka ianya akan menyebabkan kepada pelbagai masalah yang mendatang,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya