Polis akan rakam percakapan Fahmi - Utusan Malaysia

Polis akan rakam percakapan Fahmi

OMAR Bakhtiar (kiri )memeriksa keadaan sebuah kilang dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Covid-19 di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Polis akan merakam percakapan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung poster sindiran ‘ayam dan sardin’ yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, Fahmi dipanggil selepas pihaknya mendapat Perintah Untuk Menyiasat (OTI) daripada pendakwa raya.

“Kertas siasatan awal telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan OTI bagi meneruskan siasatan.

“Kita akan terus memanggil Fahmi untuk diambil keterangan sebaik menerima perintah berkenaan. Mungkin dalam minggu ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menyertai Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Pemantauan Covid-19 di kilang-kilang sekitar Kuala Kangsar di sini hari ini.

Menerusi laporan media pada Khamis lalu, Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd. Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar ke atas Fahmi berhubung poster memaparkan Saarani dengan catatan ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’.

Hantaran tersebut merujuk kepada kenyataan Saarani sebelum ini berkaitan isu pemberian telefon pintar berkualiti rendah kepada pelajar kurang berkemampuan di negeri ini.

Saarani sebelum ini turut dikecam berikutan kenyataannya iaitu ‘lebih baik ada daripada tiada’ berhubung isu sama di mana telefon pintar percuma itu didakwa tidak memenuhi piawaian Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya