Kes ibu Neelofa: Polis Selangor terima laporan teknikal SKMM - Utusan Malaysia

Kes ibu Neelofa: Polis Selangor terima laporan teknikal SKMM

NOOR KARTINI NOOR MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis baru menerima laporan teknikal video Instagram story ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, laporan teknikal itu akan dimasukkan di dalam kertas siasatan kes terbabit.

“Kita perlu lihat laporan SKMM dahulu sebelum melengkapkan kertas siasatan.

“Selepas siap, baru kita boleh rujuk kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan serta tindakan selanjutnya,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihak polis akan memaklumkan berhubung perkembangan siasatan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Bulan lalu, tular dalam media sosial mendakwa Noor Kartini menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di medium Instagramstorynya, namun hal berkenaan dinafikan ibu kepada selebriti popular itu.

Susulan kes terbabit, beliau dipanggil polis untuk memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. 

Kes tersebut disiasat di bawah  Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya