Aksi kalah mati jauh berbeza- Mancini - Utusan Malaysia

Aksi kalah mati jauh berbeza- Mancini

ROBERTO Mancini .-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME : Pengendali Itali, Roberto Mancini mengakui perlawanan pusingan kalah mati jauh berbeza berbanding aksi di peringkat kumpulan namun dia mahu menikmati kejayaan muncul sebagai juara kumpulan A terlebih dahulu.

Jelasnya, walaupun melakukan lapan pertukaran dalam kesebelasan utama tetapi anak buahnya masih mampu mempamerkan aksi menarik ketika menewaskan Wales 1-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Kemenangan itu bukan sahaja membawa Itali mara ke peringkat 16 terbaik sebagai juara kumpulan namun turut melebarkan rekod tanpa kalah kepada 30 perlawanan sejak kali terakhir mengalami kekalahan pada September 2018.

“Kami gembira tetapi menyedari bahawa selepas peringkat seterusnya akan berbeza.

“Saya sangat gembira aksi ditunjukan pemain pada hari ini walaupun lapan pertukar dilakukan tetapi mereka masih mampu mempamerkan prestasi menakjubkan.

“Ini kerana mereka sangat bijak dan turun dengan mentaliti mahu menang,” katanya.

Itali dijangka bakal berdepan Ukraine ataupun Austria dalam pusingan 16 terbaik yang akan berlangsung di Wembley.

Mancini mengambil alih tugas sebagai pengendali Itali selepas juara empat kali Piala Dunia itu gagal layak bagi kejohanan 2018 dan sejak itu skuad Azzurri mempamerkan prestasi yang konsisten.

Terdahulu, skuad Azzurri memenangi dua perlawanan pembukaan mereka dengan jaringan 3-0 ke atas Turki dan Switzerland bagi mencetak 10 kemenangan berturut-turut tanpa dibolosi.

Sementara itu, kapten Wales Gereth Bale tetap memuji aksi yang dipamerkan rakan sepasukannya walaupun tewas kepada Itali.

“Kami menggunakan banyak tenaga namun saya tetap bangga dengan komitmen yang ditunjukkan rakan sepasukan. Kami mahu memanfaatkan masa rehat ini bagi menumpukan aksi di peringkat seterusnya,” ujar bekas bintang Real Madrid itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya