5,293 kes baharu Covid-19, Selangor terus mendahului


Aminah Farid

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah angka keseluruhan Covid-19 meningkat kepada 696,408 kes setakat ini. – Gambar The Malaysian Insight, 20 Jun 2021.

SEJUMLAH 5,293 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam hari ini, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, statistik terbaru menunjukkan terdapat sedikit penurunan berbanding jumlah jangkitan yang dilaporkan semalam iaitu 5,911 kes.

Katanya, ini menjadikan angka keseluruhan Covid-19 meningkat kepada 696,408 kes.

Selangor terus mencatat jumlah kes baharu tertinggi dengan 1.680 kes manakala Kuala Lumpur (379), sekaligus menjadikan sebanyak 2,063 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di Lembah Klang hari ini

Ini diikuti Sarawak dengan 661 kes dan Johor (627).

Selain itu, negeri yang mencatatkan angka tiga digit kes Covid-19 adalah Negeri Sembilan dengan 693 kes, Perak (205), Melaka (183), Kedah (170), Kelantan (167), Sabah (163), Labuan (156) dan Pulau Pinang ( 114).

Pahang pula merekodkan 77 kes baru, diikuti oleh Terengganu (12), Putrajaya (empat) manakala Perlis dengan dua kes. – 20 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen