Ziarah Aidilfitri: Exco Terengganu, tetamu dikompaun RM2,000 - Utusan Malaysia

Ziarah Aidilfitri: Exco Terengganu, tetamu dikompaun RM2,000

AZMAN Ibrahim menerima kompaun selepas tampil memberikan keterangan berhubung isu menerima tetamu pada hari pertama Aidilfitri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim hari ini dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhubung larangan aktiviti ziarah pada Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, turut dikenakan kompaun RM2,000 ialah tetamu yang juga jirannya, Zakaria Mahmud.

“Kedua-dua mereka menerima kompaun berkenaan selepas hadir memberikan keterangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Besut kira-kira pukul 12 tengah hari ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sejak semalam, tular dua gambar yang memaparkan Zakaria berkunjung ke kediaman Azman di Besut selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Bagaimanapun, kedua-dua gambar yang dimuat naik Zakaria di laman Facebook miliknya itu didapati sudah dipadam.

Sementara itu, Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, kompaun tersebut akan dibayar di Pejabat Kesihatan Besut, Ahad ini.

“Semua orang tanpa terkecuali tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan saya akan menjelaskan kompaun sebagaimana orang lain,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Azman dalam hantaran terbaharu di laman Facebook turut memaklumkan selesai memberikan keterangan berhubung isu berkenaan dan menerima kompaun atas kesalahan dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya