Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan

2 kawasan di Kuala Langat sah dikenakan PKPP | The Malaysian Insight

2 kawasan di Kuala Langat sah dikenakan PKPP

3/6/2020 10:20:00 AM

2 kawasan di Kuala Langat sah dikenakan PKPP

Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni dikenakan perintah kawalan pergerakan pentadbiran (PKPP), penduduk masih boleh keluar masuk tetapi kawat duri dipasang di kawasan itu.

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dua kawasan di Bukit Changgang, Kuala Langat diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan secara pentadbiran (PKPP) bermula malam tadi.PKPP itu dikuatkuasa di Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni.

9 mangsa pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica dikebumikan Enam pemandu mabuk ditahan Masalah kesuburan suami meningkat: LPPKN

Jelasnya, perbezaan antara perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dan PKPP adalah pergerakan penduduk untuk urusan penting seperti membeli barangan keperluan masih dibenarkan.“Perbezaan antara dua sistem kawalan adalah jika secara pentadbiran, penduduk masih dibenarkan untuk keluar masuk kawasan perumahan sama ada untuk membeli makanan dan barang keperluan harian selepas dibuat pemeriksaan kesihatan.

“Persamaannya adalah kawasan akan dipasang kawat duri, swab test akan dibuat ke atas semua penduduk secara 100%,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.Tambahnya, di kawasan PKPD pula, penduduk tidak dibenarkan langsung untuk keluar masuk kawasan sehingga perintah ditamatkan pihak berkuasa.

Dua kawasan taman itu yang merangkumi tiga blok bangunan dua tingkat dipasang kawat duri bermula malam semalam.Pemeriksaan mendapati dua kawasan tersebut berjiran dan merangkumi blok pangsapuri dan rumah kedai.Sebelum ini, beberapa kawasan yang ditempatkan di bawah PKPD termasuk Menara City One di sepanjang Jalan Munshi Abdullah, dua bangunan di Masjid India, Simpang Renggam, Hulu Langat dan Old Town Petaling Jaya susulan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di kawasan berkenaan.

Malaysia menguatkuasa PKP seluruh negara bermula 18 Mac lalu sebelum dilonggarkan pada 4 Mei. Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dijangka tamat pada 9 Jun ini.Pihak berkuasa, bagaimanapun, berkata walaupun selepas PKPB ditarik balik, kawasan tertentu yang merekodkan kes jangkitan Covid-19 akan dikenakan PKPP bagi memudahkan ujian saringan dibuat ke atas semua penduduk kawasan berkenaan. – 3 Jun, 2020.

Read more: TheMalaysianInsight »

Penduduk Taman Langat Murni, Langat Utama akan jalani saringan Covid-19SEMUA penduduk Taman Langat Murni, Taman Langat Utama dan Taman Langat Utama 2, Bukit Changgang, di Kuala Langat diwajibkan menjalani saringan Covid-19 susulan kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Secara Pentadbiran (Semco) mulai malam tadi. 🙈macam mana nak tamat kan pkpb? 🙈🙈

2,000 penduduk Kuala Langat disaring Covid-19 | The Malaysian InsightSebanyak 7,000 individu akan disaring di dua kawasan perumahan di situ susulan lebih 20 kes positif wabak itu dikesan.

2,000 screened for virus in locked down Kuala Langat | The Malaysian InsightHealth officials say screening of the remaining 7,000 is expected to complete by June 6.

Report: Two areas in Kuala Langat under quasi-EMCO | Malay MailKUALA LUMPUR, June 3 — Two locations in Bukit Changgang, Kuala Langat were cordoned off yesterday under a less severe version of the enhanced movement control order (EMCO), according to a report. News portal Malaysiakini quoted an anonymous police source as confirming the matter although no...

Covid-19: Two Kuala Langat housing estates placed under enhanced MCO after cluster detectedKLANG: Two housing estates in Kuala Langat have been placed under an enhanced movement control order (MCO) begining Monday (June 1) night.

Police confirms semi-EMCO in three Kuala Langat neighbourhoods | New Straits TimesNSTnation Three neighbourhoods in the KualaLangat district have been placed under the Semi Enhanced Movement Control Order (SEMCO) from yesterday. coronavirus covid19