2 beradik didakwa eksploitasi pekerja warga asing

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 28 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 15%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

TelukIntan Dua wanita yang juga adik beradik didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, hari ini atas pertuduhan memperdagangkan warga Indonesia bagi maksud eksploitasi kerja paksa dan mengambil pekerja yang tidak mempunyai pas sah.

Kedua-dua tertuduh iaitu Lie Ying Har, 53, dan LieYing Ping, 50 masing-masing didakwa atas dua dan lima pertuduhan membabitkan enam wanita warga Indonesia berusia antara 22 hingga 40 tahun.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pertama iaitu Ying Har memperdagangkan Anselma Funan bagi maksud eksploitasi kerja paksa di Lot 3554, Taman Seri Indah, Jalan Slim Lama, Tanjung Malim pada 2 November lalu. Pertuduhan yang dibacakan secara berasingan itu dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Tertuduh turut didakwa mengambil seorang pekerja iaitu Anselma yang tidak mempunyai pas yang sah di sebuah kedai di Lot 2, PT 5032, Jalan Rumah Rehat, Tanjung Malim pada 7 Disember 2012.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.