Dinding konkrit runtuh hempap kereta, tangkis gas bocor

Dinding konkrit runtuh hempap kereta

KEADAAN tanah dan dinding konkrit yang runtuh berdekatan sebuah stesen minyak di Gelugor, Pulau Pinang yang menghempap sebuah kereta dan menyebabkan berlaku kejadian tangki gas  bocor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebuah kereta jenis Proton Wira rosak dihempap dinding konkrit akibat tanah runtuh dalam kejadian selepas hujan lebat di Gelugor, di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi itu, runtuhan konkrit dan tanah tersebut yang terjadi berhampiran sebuah stesen minyak turut menyebabkan berlakunya kebocoran pada tangki gas. 

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian runtuhan tanah itu kira-kira pukul 12.41 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian. 

“Sebaik sahaja tiba kita mendapati berlaku runtuhan tanah dan dinding konkrit sepanjang 40 x 3 meter persegi yang turut menghempap sebuah kereta namun tiada mangsa terlibat.

“Tindakan anggota adalah menjalankan kerja-kerja proses menghentikan kebocoran pada tangki gas yang terlibat untuk mengelakkan sebarang kebakaran berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurutnya, operasi pemantauan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak itu masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya