MAIPs agih RM4 juta bantu 10,394 penerima - Utusan Malaysia

MAIPs agih RM4 juta bantu 10,394 penerima

TUANKU Syed Faizuddin (tengah) menyempurnakan majlis penyampaian bantuan fitrah MAIPs 2021 di Masjid Muhammadiyah Guar Gajah, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan bantuan fitrah berjumlah RM 4,157,600 membabitkan seramai 10,394 penerima di negeri ini sempena bulan Ramadan tahun ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bantuan tersebut membabitkan lima zon iaitu timur; utara; tengah: selatan dan zon barat.

“Zon timur melibatkan seramai 2,012 penerima membabitkan RM804,800; utara (RM715,200 membabitkan 1,788 penerima); tengah (RM856,400 membabitkan 2,141 penerima); selatan (RM925,600 membabitkan 2,314 penerima) dan zon barat melibatkan 2,139 penerima dengan jumlah peruntukan sebanyak RM855,600,” titah baginda.

Baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs menyempurnakan majlis penyampaian bantuan fitrah MAIPs 2021 itu di Masjid Muhammadiyah Guar Gajah di sini hari ini.

Hadir sama, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin turut mengalu-alukan sebarang cadangan membina daripada semua pihak dalam kalangan pemegang taruh bagi mempertingkatkan lagi prestasi MAIPs.

“Ia terdiri daripada aspek pengagihan dan kutipan, proses mengenal pasti asnaf, cadangan penambahbaikan pengurusan serta melaporkan sebarang maklum balas dan aduan berkaitan MAIPs.

“Usaha itu penting bagi memastikan misi dan visi MAIPs iaitu Menjunjung Syiar dan Memaju Ummah akan benar-benar tercapai,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya