Wanita rugi RM28,600 ditipu `pegawai LHDN' - Utusan Malaysia

Wanita rugi RM28,600 ditipu `pegawai LHDN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam kerugian RM28,600 ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat mangsa  wanita berusia 35 tahun di Balai Polis Tampoi, pada pukul 8.40 malam semalam.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa menerima panggilan seorang lelaki melalui talian +08795052222 yang memaklumkan dia ada tunggakan cukai pendapatan sebanyak RM16,000.

“Seterusnya, panggilan itu  disambung kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang dan mangsa telah berurusan dengan seorang lelaki Melayu yang menyamar sebagai pegawai polis dengan memperkenalkan diri sebagai Asisten Superintenden (ASP) Ismail.

“Kemudian, lelaki tersebut  mengatakan telah membuat semakan atas nama mangsa dan memaklumkan mangsa terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram dan kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, Rupiah berkata, mangsa diminta lelaki berkenaan untuk menyerahkan kesemua jenis akaun bank miliknya berserta nombor pin keselamatan.

“Mangsa turut diarahkan pergi ke mesin pengeluaran wang berdekatan untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun Maybank bagi tujuan semakan nombor siri wang tersebut.

“Tanpa berfikir panjang, pada pukul 5.28 petang semalam, mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM28,600 ke dalam akaun tersebut dan hanya menyedari dirinya ditipu setelah pulang ke rumah,” katanya.

Rupiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum melakukan  transaksi kewangan sekiranya dihubungi individu tidak dikenali,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya