Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan kena PKPD - Utusan Malaysia

Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan kena PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kuarters pekerja kilang minyak sawit Sri Jelutung Palm Oil Mill Sdn. Bhd. di Mukim Bebar Pekan, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan sebanyak 30 kes positif telah direkodkan dan 150 kontak rapat turut dikenal pasti sehingga semalam.

“Setelah dibuat penilaian risiko bersama-sama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di sini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Pelaksanaan perintah itu selama tempoh dua minggu sehingga 19 Mac depan ujarnya, bagi memudahkan Kementerian Kesihatan melakukan saringan secara bersasar di lokaliti tersebut.

Ia kata beliau, akan melibatkan semua penghuni kuarters terbabit serta pengesanan beberapa lagi kontak rapat dengan mereka oleh petugas kementerian berkenaan yang bermula 6 Mac.

Syarikat dimiliki iKHASAS Group yang diperbadankan pada 2011 lalu, memiliki ladang kelapa sawit seluas 156 hektar di Mukim Bebar, Pekan, Pahang terletak jarak kira-kira 90 kilometer.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan bahawa PKPD yang melibatkan sejumlah 10 taman perumahan di sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang ditamatkan mengikut jadual esok.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat penurunan kes wabak Covid-19 dan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan daripada pihak makmal,” tambah beliau.

Sehingga kini kata beliau, sebanyak 1,573 ujian saringan dibuat dan daripada jumlah tersebut, secara kumulatif hanya sejumlah 94 kes positif wabak berkenaan yang telah pun direkodkan.

Justeru ujar beliau, setelah dibuat penilaian risiko, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD seperti yang dijadualkan pada 6 Mac selepas dikenakan ke atas lokaliti ini sejak 21 Februari lalu.

PKPD di lokaliti itu meliputi Taman Desa Bangau, Taman Seberang Damai, Taman Kenari, Taman Seberang Temerloh, Taman Kelisa, Desa Bangau serta Taman Jaya 2, 3, 4 dan 7.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya