Premis makanan dibenar beroperasi hingga 10 malam, kata Ismail Sabri


Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagaimanapun hanya terhad untuk pesanan penghantaran dan bungkus sahaja.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Januari, 2021.

OPERASI kedai makan, restoran kini dilanjutkan sehingga pukul 10 malam di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, lanjutan tempoh daripada pukul 8 malam itu berkuatkuasa esok dan hanya terhad untuk pesanan penghantaran dan bungkus sahaja.

“Bagi semua jenis premis makanan, kami benarkan mereka beroperasi hingga pukul 10 malam,” katanya.

Peraturan membenarkan premis makanan beroperasi sehingga pukul 8 malam pada PKP kedua ini menerima kritikan orang ramai kerana kebanyakan mereka tidak sempat membeli makanan selepas pulang lewwat dari bekerja.

Ia turut menyebabkan platform pesanan menghentikan operasi lebih awal bagi mengelakkan lambakan pesanan penghantaran makanan. 

Malah peraturan turut menimbulkan kesukaran kepada petugas barisan hadapan yang bekerja syif panjang dan tidak mendapat makanan daripada hospital. 

Kebanyakan peniaga turut merungut bahawa peraturan mengehadkan operasi sehingga pukul 8 malam boleh menyebabkan mereka gulung tikar. – 21 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen