Kedai gunting rambut dan dobi antara dibenar beroperasi waktu PKP


Kedai gunting rambut antara yang dibenar beroperasi, tetapi perlu mendapatkan surat izin operasi daripada kementerian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 April, 2020.

BEBERAPA sektor termasuklah aeroangkasa, pembinaan dan kedai gunting rambut antara industri yang diberikan pengecualian beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang kini dilanjutkan sehingga 28 April. 

Bagaimanapun, pemain industri yang tersenarai perlu memohon kebenaran bertulis daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terlebih dahulu.

Kementerian dalam kenyataan dikeluarkan hari ini juga menyenaraikan sektor yang dibenarkan beroperasi antaranya automotif, mesin dan peralatan, kesihatan sosial dan dobi khidmat penuh.

Senarai penuh industri boleh dirujuk di sini.

Pengecualian kebenaran operasi itu dikeluarkan selepas Putrajaya hari ini melanjutkan lagi PKP kepada 28 April. Di bawah PKP, sektor yang dianggap tidak penting dilarang beroperasi.

Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan itu berkata Kabinet membenarkan sektor ekonomi tertentu untuk beroperasi mengikut fasa dan perlu patuh kepada garis panduan kesihatan dan keselamatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan agensi lain dari semasa ke semasa.

Kegagalan mematuhi garis panduan itu boleh menyebabkan operasi dihentikan serta merta dan berdepan tindakan undang-undang, katanya lagi.  – 10 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen