Rafidah bidas kerajaan pecat lantikan dalam GLC, badan berkanun 


Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal menilai kecekapan individu yang dilantik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2020.

BEKAS menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz membidas kerajaan berhubung keputusan memecat beberapa individu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun.

Beliau berkata keputusan kerajaan untuk menggantikan “lantikan politik” ini adalah tidak masuk akal kerana tiada alasan diberikan untuk pemecatan.

“Tiada alasan diberikan, kecuali mereka adalah ‘lantikan politik’. Dan mereka tidak dinilai berdasarkan prestasi.

“Alasan yang diberikan hanyalah, kerana ‘mereka adalah lantikan politik’ kerajaan sebelum ini, mereka perlu digantikan.

“Dan, gunakan ‘peraturan kepentingan’... kita mahu ‘orang kita sendiri’ di sana ... mungkin supaya mereka boleh melakukan ‘bidaan sendiri’??? ... terutama melibatkan bajet dan kontrak jutaan ringgit?? Katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Tambahnya, kerajaan baharu yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah lupa tentang kecekapan mereka yang digantikan, dan sumbangan yang mereka berikan kepada negara.

Beliau juga berkata ia menggambarkan kerajaan baharu seolah-olah hanya mendahulukan orang-orang parti sendiri.

Rafidah yang turut mendedahkan dirinya sedang pulih daripada pembedahan usus berkata, individu terbabit dipecat  tidak mengikut prosedur biasa dan tanpa diberikan sebarang notis.

Tambahnya, ada daripada mereka yang hanya diberi masa tiga jam untuk mengosongkan pejabat ketika bekerja dari rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurutnya, kebanyakan yang dipecat itu adalah wanita, sekaligus mengurangkan bilangan wanita yang memegang jawatan kanan dalam syarikat GLC.

“Saya tidak melihat mereka hanya sebagai wanita. Mereka adalah individu yang cekap yang profesional dalam bidang mereka serta memilik rekod prestasi yang baik.

“Ia adalah satu bonus apabila mereka ini adalah wanita.”

Sejak beberapa minggu lalu, ketua agensi kerajaan yang dilantik kerajaan Pakatan Harapan (PH) digantikan, atau telah meletakkan jawatan.– 9 April, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Ini kerajaan PN menyusahkan orang Melayu sendiri. kata saja nak selamat negara tetapi nak selamatkan sendiri sahaja. Pengkhianat negara!

    Dimuat naik 4 tahun yang lalu oleh Penganalisa L · Ulasan