Polis tahan pasangan dan anak disyaki koronavirus


Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din dipetik Malaysiakini berkata keluarga berasal dari Wuhan itu ditahan ketika hendak menaiki penerbangan ke Guangzhou, China. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2020.

POLIS menahan sepasang suami isteri dan anak mereka berumur dua tahun yang disyaki dijangkiti koronavirus, ketika cuba melarikan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai malam tadi, lapor Malaysiakini.

Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din dipetik berkata keluarga berasal dari Wuhan itu ditahan ketika hendak menaiki penerbangan ke Guangzhou, China.

“Ya, polis tahan mereka di lapangan terbang kira-kira pukul 9.20 malam tadi. 

“Mereka telah beli tiket ke Guangzhou untuk kembali ke China. Kita telah serahkan mereka kepada hospital,” katanya kepada Malaysiakini menerusi pesanan teks.

Polis menahan mereka selepas seorang doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) membuat laporan polis semalam selepas pasangan itu enggan memasukkan anak perempuan mereka ke hospital untuk diasingkan dan menjalani pemeriksaan lanjut, akibat demam virus yang disyaki coronavirus (2019-nCoV).

Jumaat lalu pasangan terbabit terlebih dahulu membawa anak mereka ke sebuah hospital swasta di Johor sebelum diminta rujuk ke HSA. – 26 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen